Sunday, February 7, 2010

::pengalaman mengajar::



kita selalu melihat kesalahan orang lain, tanpa kita sedar akan kesilapan diri kita sendiri. itulah manusia, (diri ini juga tidak terkecuali).. namun, kadang2 perlunya kita untuk melihat dari sudut pandangan orang lain juga.

dalam kita cuba untuk membawa orang lain merasa apa yang kita rasa, kita tidak boleh mengharapkan mereka dapat melihat seperti kita melihat, sesungguhnya pengalaman membuatkan manusia melihat dunia dengan pandangan yang berbeza dan setiap orang mempunyai stand sendiri terhadap apa2 isu. kita bukanlah dilahirkan ke bumi untuk menghukum atau mengatakan yang "dia" salah atau "mereka" salah. sebaliknya kita cuba untuk memahami mengapa mereka begitu dan cuba membuatkan mereka melihat seperti kita.

begitu juga dengan orang2 yang bekerja bersama kita. ye. kita mungkin mempunyai matlamat yang sama, namun mungkin cara kita meng'adress' satu2 masalah itu dengan cara yang berbeza kerana kita diajar dengan suasana yang berbeza dan pengalaman kita dalam menghadapi sesuatu situasi juga berbeza, jadi mungkin perlulah kita untuk lebih terbuka dalam melihat sesuatu isu atau suasana itu. dan perlunya kita untuk bersikap mendengar semua pendapat kerana bukanlah pendapat kita sahaja yang betul dalam apa2 jua yang kita mahir. seorang yang hebat pun boleh tersalah. hanya ketentuan dan keputusanNya sahaja yang benar2 terhindar dari sebarang kesilapan.

TRUST is a FRAGILE thing.

satu quote yg sering kita dengar ( saya sering mendengar dr cikgu English sya). namun, dalam Islam itulah yang paling penting. Trust kita kepada ketentuan Allah dan juga kepada sahabat2 kita yang sedang bertungkus-lumus berusaha melakukan sehabis baiknya dalam menyelesaikan apa pun tanggungjawab yang diberikan. Namun, sejauh mana kita percaya dengan kemampuannya dalam melaksanakan tanggungjawabnya? orang kata, PENGALAMAN AKAN MENGAJAR. perlunya kita untuk membiarkan orang lain juga merasa bagaimana menguruskan sesuatu, bagaimana untuk menjadi orang yang merancang. Seseorang bukan sahaja perlu boleh menjadi pemimpin, namun perlu juga dia untuk boleh menjadi pengikut kepada pemimpin yg lain.

"A GOOD LEADER IS NOT THE ONE WHO DO ALL THE WORK, BUT THE ONE WHO MANAGE TO BRING THE BEST OUT OF EACH OF HIS FOLLOWERS.

bilamana kita meletakkan seseorang untuk menggalas satu tggjawab, perlulah kita untuk mempercayainya dalam melaksanakan tggjawab itu, Dakwah itu perlu kepada kerja berjemaah dan bukanlah hanya orang yang tahu mengarah atau memimpin tetapi perlu juga ada orang yang rela menjadi tentera Allah dalam melaksanakan rencana2 yang disusun.

sekadar merencanakan pendapat yang terbuku di hati....



3 comments:

fityah91 said...

Hakikatnya semua orang ingin apa yg disampaikannya difahami spt apa yg difahaminya atau lebih baik..ttp hakikat sebenarya x semudah itu..

just do our work (doing da'wa) and Allah will do His work (Whether to give the hidayah or not)..

atTahirah said...

oi

~AiMaLSyauQiyaH~ said...

~fityah91

jzklh atas pendapat yg dikongsi, inshaAllah akan disematkan sepanjang perjalanan yang bakal ditempuhi~

~L.H

lama xmelawat ek?? hehe... rindu awak!!!! mkn byk2 sket ek.... (saya tau awak paham apa saya rasa... dan saya rasa saya pon paham apa awk rase..bialah hati ini merawat dirinya sendiri dulu...kan..hehe... sayang awk!!)

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...