Friday, October 28, 2011

::resolusi::

Pernah tak bila kita buat satu resolusi, say "minggu ini saya tidak mahu marah". Dan betul-betul selepas itu ada je perkara yang berlaku yang menguji tahap kesabaran kita dan membuatkan kita ingin marah? Perkara begitu sering berlaku kepada saya.

Seperti waktu-waktu sebelum ini, bila mana saya mendapat sesuatu ketukan yang kuat di dalam hati, dan kesedaran tentang sesuatu perkara, saya terus membuat satu resolusi baru untuk diri saya. Sangat-sangat baru, baru melintas di benak fikiran dan lubuk hati paling dalam di pagi jumaat yang penuh barakah ini:

 "aku tidak akan merasa sedih dan terpengaruh dengan keadaan sekelilingku". 

Dan tiba-tiba, masuk satu mesej dalam kotak masuk (inbox) telefon bimbit kesayangan saya.

Masa terus terhenti.
Kaki terasa lemah untuk melangkah.
Lantas saya hanya mampu merenung skrin handphone itu.
Namun, digagahkan juga kaki melangkah menuju ke destinasi.

Allah, biarlah aku terus bersangka baik denganMu,
berikan aku kekuatan untuk bersabar dengan perkara yang tidak aku sukai.
izinkan aku untuk terus tersenyum dengan segala yang terjadi.


[credit]

No comments:

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...