Thursday, December 1, 2011

:: kita berbeza.. tapi serupa ::

Bismillahirrahmanirrahim


[credit]



Semenjak dua menjak ni, memang sangat senang terasa dengan manusia. Setiap bait-bait kata pasti ada je yang menusuk ke dalam ruang hati paling dalam. Terfikir, "sebenarnya aku ke yang masalah? Mesti la kan, apa-apa pun, mestilah diri sendiri dulu, ke tak?? "

Saat-saat macam ni, teringat kata-kata seorang kakak (yang dirindui selalu) semasa di Malaysia suatu masa dahulu, "awak kena faham, tak semua orang dibesarkan dalam suasana awak dibesarkan, mungkin awak rasa benda tu perkara yang sepatutnya semua orang tahu dan buat, tapi mungkin itu bukan didikan dia di rumah"

Hmmm, mungkin... selalunya, perkara yang saya rasa ia adalah common sense, norma yang sepatutnya semua orang tahu, apabila ada orang tidak boleh mengaplikasinya dalam kehidupan, saya jadi tertekan sendiri, saya jadi geram sendiri, dan saya memendam perasaan, sehingga saya tidak mampu untuk melakukan apa-apa kerja kerana asyik memikirkannya (seperti sekarang). Namun saya terlupa, manusia itu berbeza, dan kita perlu mengakui perbezaan itu, dan menyambutnya. (celebrate the difference)

Allah menjadikan semua manusia itu berbeza bukan?  Dan apa yang kita perlu lakukan adalah mencari titik persamaan itu, ibarat kaum Muhajirin dan Ansar juga sangat-sangat berbeza, namun mereka boleh bersatu di bawah satu payung, ISLAM! Aqidah yang menyatukan manusia adalah satu ikatan yang paling mulia dan tidak akan putus, inshaAllah. 

Peringatan untuk diri sendiri kala ini. 

2 comments:

Amin Rukaini Mustafa said...

Berbeza tapi serupa. menarik. Salam perjuangan dari Bumi Edinburgh.

Dulu, kini, Islam selamanya. :)

~AiMaLSyauQiyaH~ said...

Salam perjuangan dari Bumi Soton juga~

ya, Islam menyatukan semua tidak kira apa pun perbezaan kita, ibarat Bilal dan Mus'ab yang sangat berbeza tarafnya dlm mata masyarakat jahiliah. Bahagia memikirkan hebatnya ikatan yang mengikat semua manusia!

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...