Thursday, December 8, 2011

::Saya::

Bismillahirrahmanirrahim


"Seseorang yang bercampur dengan manusia dan bersabar dengan gangguan mereka adalah lebih baik daripada manusia yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak bersabar dengan gangguan mereka" 
[Hadis sahih]

Hari ini, saya merasa satu perasaan halus dalam diri. Dalam kita menjalani hari-hari dalam kehidupan yang sementara ini, kita tidak dapat tidak, akan  berhadapan dengan manusia.


Hari Rabu lepas, semasa berbulatan gembira dengan adik-adik yang sangat comel dan riang, saya perasan satu perkara, saya melihat diri saya dalam mereka. Setiap seorang daripada mereka. Kenapa saya cakap macam tu? Sebabnya saya memahami kenapa mereka mengatakan mereka fobia berkawan dan super sensitif. Saya memahami, kerana saya juga begitu. Saya juga takut untuk berkawan dengan manusia, kerana saya takut dan malas nak menghadapi pelbagai ragam dan kerenah yang saya sendiri tidak tahu sama ada saya mampu untuk menerimanya. Dan saya memahami apabila berbicara dengan salah seorang mereka suatu masa dahulu kenapa mereka hanya ingin bekerja di makmal (baca: lab). Ini kerana bekerja sendiri tidak memerlukan kesabaran untuk menghadapi manusia. 


Allah. Betapa perasaan itu pernah suatu masa dahulu begitu kuat mencengkam saya dan kini saya melihat perkara yang sama pada manusia-manusia yang saya sayangi di sekeliling saya. Terasa seperti melihat kehidupan saya di layarkan kembali di hadapan mata.


Di sinilah tarbiyah telah mengubah saya. Teringat kali pertama mengenali tarbiyah ini, dan pengalaman pertama mendekati manusia. Allahu akbar. Sangat amatur bila difikirkan. Memikirkan Allah tidak menjadikan manusia hidup bersendirian, walaupun sebenarnya hidup sendirian tu sangat best! (sekiranya kita tidak memahami apa tujuan kita diciptakan T_T)


Tarbiyah mengajar saya bahawa kita hidup bukan untuk diri kita semata-mata dan kerana itu, kita pasti akan bergaul dengan manusia. Kita tidak dapat tidak pasti akan bermuamalat (berurusan) dengan mereka. Dan dalam pada itu, kita pasti perlu bersabar dalam menghadapi setiap perkara yang menyalahi prinsip dan values yang kita pegang dalam hidup kita.


Kala ini, apa yang saya belajar ini betul-betul di uji.

Muayashah (hidup) dengan manusia benar-benar menguji adakah saya benar-benar hadam apa yang saya belajar sebelum ini. 


Benar-benar memahami yang saya hidup untuk berbakti kepada manusia. 


Benar-benar meminta saya untuk bersabar dan menerima bahawa setiap manusia berbeza dan setiap manusia mungkin mempunyai matlamat hidup yang sama dengan saya, tapi mungkin pembawakan matlamat tersebut dalam kehidupan sangat-sangat berbeza dengan saya. 


Kala ini, saya bukan perlu mengubah orang lain, sebaliknya diri saya untuk menerima manusia seadanya, sebagaimana mereka menerima saya seadanya. 


Dan sekiranya manusia pun tidak menerima saya seadanya, saya perlu tanamkan untuk menerima manusia sebagaimana Allah menerima saya dengan setiap dosa dan maksiat yang saya lakukan.


Sungguh, saya sangat sensitif kala ini, dengan setiap butir bicara yang dilontarkan kepada saya. Dan saya masih sedang cuba sedaya upaya untuk mendarah dagingkan bahawa saya hidup untuk berbakti kepada manusia. 


"jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilemparkan buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah" 
Saidina Abu Bakar As-Siddiq


Sungguh, saya masih manusia yang penuh dengan kesalahan dan kelemahan, yang terkadang masih terasa dengan perkara-perkara biasa. Kerana itu, saya memohon maaf atas setiap kesalahan yang saya lakukan dalam proses saya sedang belajar kala ini. 

4 comments:

wabit.ent said...

ada masa merajuk tu mesti, tapi yang penting adalah reaksi kita dalam mengendalikan kemerajukan itu

~AiMaLSyauQiyaH~ said...

salam alaik,

tak tahu la merajuk tu menunjukkan terlalu sensitif atau tidak...

wabit.ent said...

sensitif tu sifat semulajadi. sifat itu fitrah, tapi akhlak tu boleh dibentuk

dynamicrafts said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...