Allah mendatangkan bantuan daripada jalan yang tidak disangka-sangka, bukan? Terasa sangat hujung minggu lepas. Alhamdulillah.
"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu"
(At-Talaq;65:2-3)
Kenal dengan ayat ini? Inilah maksud ayat seribu dinar yang banyak kita lihat di kedai-kedai atau di rumah-rumah orang Islam secara amnya. Digantung kerana dikatakan akan membuka pintu rezeki.
Cuba kita hayati maksud ayat ini, bukan dengan menggantungnya di dinding-dinding yang akan membuka pintu rezeki. Islam tidak berfungsi dengan magis. Sebaliknya, dengan benar-benar cuba memahami apa yang Allah cuba sampaikan kepada kita, hamba-hambaNya yang akan membuatkan kita merasa kecukupan dengan kehidupan, inshaAllah.
JOM! kita cuba tadabbur ayat ini!
Allah kata sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan buka jalan keluar baginya. JOM! kita tengok ayat lain pula tentang bantuan Allah ini.
"Dan sungguh, Allah telah menolong kamu dalam perang Badar, padahal kamu dalam keadaan lemah. Kerana itu, bertaqwalah kepada Allah, agar kamu mensyukuriNya. (Ingatlah) ketika engkau (Muhammad) mengatakan kepada orang-orang beriman, "Apakah tidak cukup bagimu bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu malaikat yang diturunkan (dari langit)?. "Ya" (cukup). Jika kamu bersabar dan bertaqwa ketika mereka menyerang kamu dengan tiba-tiba, nescaya Allah akan menolongmu dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda"
(Ali Imran; 3: 123-125)
Baiklah! Berbalik kepada ayat pertama tadi, Allah sebut tentang tawakal. Sesiapa yang bertawakal, Allah akan mencukupkannya. Mungkin tawakal tidak perlu dijelaskan dengan lebih mendalam lagi. Tapi Allah akan memberi kecukupan kepada orang yang bertawakal, orang yang benar-benar menyerahkan urusannya kepada Allah setelah berusaha.
Allah akan memberi kecukupan, bukan Allah akan memberi kekayaan. Kecukupan kepada kehidupan adalah satu rasa yang dimiliki oleh manusia yang Allah pilih. Kita mungkin punya harta setinggi gunung, namun sekiranya Allah tidak memberi rasa cukup dalam hati kita, kita tidak akan rasa puas, dan rasa bahagia. Oleh itu, hanya dengan menyandarkan segalanya kembali kepada Sang Pencipta, barulah kita akan memperoleh kebahagiaan dan kecukupan itu.
Apa kata Allah kepada baginda Nabi Muhammad saw?
"Sungguh, Kami telah memberimu (Muhammad) nikmat yang banyak. Maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah). Sungguh, orang-orang yang membencimu, dialah yang terputus (dari rahmat Allah)"
(Al-Kausar; 108;1-3)
“Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: “Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!” Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: “Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia.” Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Jadinya, kita yang memilih, kita mahu yang macam mana?
Wallahu a'lam
4 comments:
:-(
Aida...
aida :)
jzkk for the reminder <3
Comel je, dapat 2 emoticon berbeza dengan post yg sama...
:)
Hanis, He knows our struggle, so never give up and give in, :) okies dear?
Fieqa, jumpa malam ni, di alam maya, inshaAllah :)
Aah la comel hee
baik :-)
Post a Comment