Friday, June 25, 2010

::He knows::



tidak mengharapkan utk mendapat sebarang pengisian hati..niat sekadar ingin melawat adek2 di KMB yang bakal bergelar 'kakak' keesokannya, bergeraklah menuju ke banting... Ya Allah, bahagianya berjumpa 'tentera2' kecil ini... semangatnya mereka menyambut kami... terbayang perasaan ketika kami ingin menyambut mereka dahulu...mesti begitu juga perasaan mereka masa itu..

ya Allah, cantiknya susunan-Mu, di saat itu, Engkau memberi aku kesempatan utk membaiki ukhuwwah dengan seorg sahabat.. tidak pernah terbayang bahawa aku akan mengembara bersama2 dgnnya. Terima kasih atas peluang itu.

setelah memberi 'amanat' kakak2 kepada adek2, kami pun bergerak ke rumah seorang sahabat di banting..niat di hati ingin menumpang tidur.. wah.. dijamu dgn makanan yg sgt2 byk..habis diet..hehe.. betapa mudahnya utk bergerak di bumi-Mu wahai Tuhan, apabila setiap manusia itu saling bersaudara..ke mana2 pun akan ade tempat utk menumpang tidur..

paling tidak menyangka akan mendapat pengisian tentang Tauhid Uluhiyah dan Rububiyah Allah..wah..seolah2 Dia mengetahui bahawa hati ini memerlukan peringatan.. terasa sangat2 hebatnya Allah dalam menentukan setiap satu takdir hamba2-Nya... dan betapa indahnya pertemuan dgn kakak2 senior yg telah lama dirindui... ...

setelah hampir satu hari di situ, bergerak pula ke langkawi bersama seorang sahabat.. sekali lagi hebatnya Allah... tiket kami ke langkawi adalah tiket utk bas coach.. sgt2 selesa.. perjalanan dari pukul 11.30 mlm dari kajang ke kuala perlis memakan masa selama hampir 9 jam tidak terasa kerana sgtlah selesa.. terima kasih akak.. walaupon kami tidak meminta utk akak membeli tiket bas jenis ini, namun dengan ketentuan-Nya, ini yang akak beli.. Allah hebat...

indahnya alam.. rahmat Allah utk manusia... pengisian sebelum ini seolah2 menyiapkan kami utk perjalanan kami di langkawi.. cantiknya ciptaan Allah yg akan membawa manusia mengerti kehebatanNya bagi manusia yg mahu memahami... memang cantik.... dan ayat2 yang Dia beri seolah2 memang menepati setiap tempat yg kami pergi.. siap dapat tarbiyah memandu kereta manual lagi..haha.. ditakdirkan tak dapat kereta sewa yg auto.. terpaksalah masing2 belajar balik nak memandu kereta manual... bila memikirkan balik...hebatnya Allah dalam memastikan hamba2Nya mendapat apa yang diperlukan, bukan apa yg diingini..

Subhanallah . Alhamdulillah . Allahuakbar

pengalaman yang dikongsi bersama seorang sahabat. Rahsia hati hanya Dia yg mengetahui namun setiap rasa hati dikongsi bersama2 seorang sahabat yang turut sama merasa..

sahabat..
jazakillah atas perkongsian rasa ini..
semoga ia menjadi saksi dan pemberi semangat utk kita terus kuat di jalan ini...
inshaAllah.. ameen..


Friday, June 18, 2010

::Cinta itu::

video

"setiap amal mempunyai masa semangat (syirrah) dan setiap masa semangat terdapat pula masa turun semangat (fatrah). Barangsiapa yang masa lemah semangatnya masih berada pada sunnahku, maka ia telah mendapat petunjuk" (hadith)


"ya Allah, aku mohon, kekalkanlah rasa bertuhan ini. tetapkanlah hati ini di jalan-Mu. janganlah engkau biar aku jauh dri-Mu wahai tuhanku.....ameen"

Sunday, June 6, 2010

::Hati::


hari terakhir sebelum berangkat menuju ke BTN..
hati terasa berat utk berBTN..
setelah beminggu2 hari dibiarkan kekosongan..
mungkin ada tarbiyah Allah utk diri ini..
Ikhlaskan hatimu wahai diri...

Terasa gembira memikirkan
akan bertemu kembali mereka yang dirindui,
inshaAllah..
semoga pertemuan yang bkl tiba ini
dapat membajai kembali iman yang kian luntur ini..
semoga ia mampu menaikkan kembali semangat yang kian pudar ini..
semoga ia mampu mengingatkan kembali langkah pertama di medan ini..
inshaAllah..




Friday, June 4, 2010

::Tarbiyah kematian::

Baru sahaja berbicara pasal kematian dlm post yg lepas2, dikejutkan dgn kematian adik Jannah , junior di KMB.. walaupun agk enggan utk percaya pada mulanya, namun kematian tidak mengenal usia. Betapa ia dekat dgn kita dan memang ia merupakan satu yg pasti. Mungkin kita igt bahawa kita akan msk dewan periksa utk ambil exam, sempat pergi btn, sempat bercuti bersama keluarga, sempat nak menjadi doktor yg berjaya, sempat nk bk firm sendiri, sempat itu, sempat ini.. tapi kalau dh terencana bahawa jemputan Allah tiba sebelumnya, siapa kita utk menolak jemputan itu? yang pastinya, bekalan yg secukupnya perlu sentiasa dibawa bersama.

peringatan Allah buat hamba-Nya yang mahu mengambil pengajaran.. InshaAllah kita akan menyusul pula. Antara lambat atau cepat je. Yang pasti, Ia bukan lah janji yang akan dimungkiri..

Takziah buat keluarga Nurul Jannah binti Ahmad Sani, semoga kuat menghadapi ujian ini. Kita sedekahkan Al-Fatihah dan Yasin buatnya. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman. InshaAllah.


Wednesday, June 2, 2010

::Lisan vs Tindakan::

Sudah sekian byk jahiliyah yg sudah dipegang kukuh hingga berakar umbi (di tanah Arab) bagaikan tidak dpt dihapuskan dgn sekdr perkataan, melainkan disertai dengan tindakan yg nyata oleh org yg menyeru penghapusan pegangan tradisi tersebut.

Perkara begini boleh dilihat dgn jelas seperti apa berlaku kpd kaum muslimin pada masa Umrah Hudaibiyah. Kaum Muslimin sebagaimana diceritakan oleh Urwah bin Mas'ud ats-Tsaqafi, setiap kali ada sesuatu terjatuh dari Rasulullah saw, sudah tentu akn berada pada salah seorg dri shbt. Bukan itu sahaja, malah mereka berebut utk mdptkn sisa air wudhuk Rasulullah saw bahkan hampir brtengkar. Mereka adalah org2 yg berebut-rebut utk melakukan bai'ah utk rela mati yakni tidak akan melarikan diri. Mereka yg berbai'ah di bwh suatu pohon (bai'atur Ridhwan) dan di antara mereka itu ada org spt Abu Bakar dan Umar. Namun, ketika baginda perintah supaya menyembelih binatang korban(yakni setelah berlakunya perjanjian Hudaibiyah dan mereka tidak jadi melakukan umrah), tidak seorg pun yg menyahut. Tetapi setelah baginda melakukan seperti saranan Ummu Salamah, iaitu menyembelih sendiri tanpa bercakap kepada sesiapa pun, para sahabat itu mula mengikuti perbuatan baginda. Mereka segera menyembelih haiwan2 korban mereka.

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...