Wednesday, June 2, 2010

::Lisan vs Tindakan::

Sudah sekian byk jahiliyah yg sudah dipegang kukuh hingga berakar umbi (di tanah Arab) bagaikan tidak dpt dihapuskan dgn sekdr perkataan, melainkan disertai dengan tindakan yg nyata oleh org yg menyeru penghapusan pegangan tradisi tersebut.

Perkara begini boleh dilihat dgn jelas seperti apa berlaku kpd kaum muslimin pada masa Umrah Hudaibiyah. Kaum Muslimin sebagaimana diceritakan oleh Urwah bin Mas'ud ats-Tsaqafi, setiap kali ada sesuatu terjatuh dari Rasulullah saw, sudah tentu akn berada pada salah seorg dri shbt. Bukan itu sahaja, malah mereka berebut utk mdptkn sisa air wudhuk Rasulullah saw bahkan hampir brtengkar. Mereka adalah org2 yg berebut-rebut utk melakukan bai'ah utk rela mati yakni tidak akan melarikan diri. Mereka yg berbai'ah di bwh suatu pohon (bai'atur Ridhwan) dan di antara mereka itu ada org spt Abu Bakar dan Umar. Namun, ketika baginda perintah supaya menyembelih binatang korban(yakni setelah berlakunya perjanjian Hudaibiyah dan mereka tidak jadi melakukan umrah), tidak seorg pun yg menyahut. Tetapi setelah baginda melakukan seperti saranan Ummu Salamah, iaitu menyembelih sendiri tanpa bercakap kepada sesiapa pun, para sahabat itu mula mengikuti perbuatan baginda. Mereka segera menyembelih haiwan2 korban mereka.

Meneliti peristiwa di atas, kelihatan jelas sekali perbezaan keberkesanan dan pengaruh 'tindakan' menerusi lisan atau perkataan berbanding tindakan 'perbuatan'. Begitulah juga dalam usaha utk memusnahkan sesuatu pegangan yg sudah menjdi darah daging, adalah tidak cukup dgn sekadar arahan melainkan dilakukan secara amali dan jelas!

(dipetik dari Raheeq Makhtum- 'Sejarah Kehidupan Nabi Muhammad S.A.W'
karya Syaikh Shafiyur Rahman Al-Mubarakfury)

* * *

bukankah Allah juga membenci org yg berkata tanpa mengotakan apa yg dikatakan.

"Wahai org2 yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yg tidak kamu kerjakan?.
(itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yg tidak kamu kerjakan"
(As-Saff; 61:2-3)

Kata seorg sahabat, Islam itu 'Ad-Deen'. Ia satu cara hidup. Bukan sekadar di bibir tetapi ia praktikal. Perlu diaplikasi dalam kehidupan. Sekadar mengatakan Islam itu indah, tapi tidak dizahirkan, tidaklah memberi kesan. Ia perlu dizahirkan melalui tindakan kita. Andai yang terzahir ialah : umat Islam malas membaca, umat Islam tidak tepati masa, umat Islam itu, umat Islam ini, di mana kesyumulan Islam? kita adalah model Islam yg dilihat oleh dunia. kitalah yang mempamerkan Islam kepada dunia. Andai itulah yg kita pamerkan, apa yg akan kita bawa tatkala Dia bertanya?

"... tetapi kamu pasti akan ditanya tentang apa yg telah kamu kerjakan"
( An-Nahl; 18:93)

Ya Allah, mampukah nk jawab?

Bangunlah wahai sahabat, kitalah generasi yang akan menegakkan kembali Islam di dunia, namun jika masih di dalam khayalan, kita jugalah yg akan menjatuhkan Islam atas sebab kelalaian kita sendiri.

Adakah kita akan menggantikan Sultan Muhammad Al-Fateh yg menawan constantinople ketika hanya berumur 24 thn? atau Ibnu Sina yang menguasai ilmu kedoktoran tatkala hanya berusia 16 thn? atau sultan salahuddin Al-Ayubi yang berjaya membuka semula baitul Maqdis?

Kita yang menentukannya. Antara mahu atau tidak...

"maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaan"
(Asy-Syams; 91:8)

Medan jihad ada di mana2. Sekiranya saudara kita di Gaza, Palestine dll sedang berjihad di medan perang. Kita juga boleh berjihad di medan jihad kita sndiri.

"Katakanlah (Muhammad), "setiap org berbuat sesuai dgn pembawaannya masing2". Maka Tuhanmu lebih mengetahui siapa yg lebih benar jalannya"
( Al-Isra'; 17:84)

Ayuh! bgnlah!! pemuda pemudi Islam!!



~(Mode: Recharging)~



7 comments:

alaq ashiqin said...

salam mujahadah buat enti...
ngee...gembira sebab enti da update post baru...
moga terus bersemangat dalam deruan denyut nadi da'wah!!!

ahmad fahmi said...

btul3
qudwah hasanah amat penting dalam menyentuh hati

lama x ziarah
huhu =)

p/s: macam pening je nak baca blog baru ni..hehe

atTahirah said...
This comment has been removed by the author.
atTahirah said...

salam!
sy stuju ngan Fahim!!!
especially, yg p/s dye tuh hehe

~AiMaLSyauQiyaH~ said...

~alaq

hehe..jzkk... semoga terus mujahadah juga!!

~fahim =)

selamat dtg... terasa juga mcm tuh... saja nk try.... mungkin kena balik pada asal...hehe... sedang belajar... jzkk atas komen..

~A'thirah

lalala~ nenek!!

atTahirah said...

sy suke sngt ganggu blog awk, sorry dah jd sngt sangat SUKE! kalu rase tak perlu delete comment sy erk!!

~AiMaLSyauQiyaH~ said...

>F.A

biasala...nenek yg kebosanan... difahami..

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...