Friday, August 12, 2011

::Ada apa dengan surah Al-Fatihah?::

Assalamualaikum wbt.

Hari ni, teringat satu ungkapan (tapi tak ingat kat mana jumpa/dengar, aseef jiddan [maaf sangat] ) setelah usai solat terawih

"Orang yang tak faham apa yang dibaca dalam solat sama la dengan orang gila". 

Lebih kurang macam ni la maksudnya. Mula-mula dengar dulu, memang tak setuju sangat! Ye la, solat kita dalam bahasa Arab kan, kita pulak orang bukan Arab, mestilah tak faham, kan? Logik la? Tapi huraian statement tu ialah, kalau orang gila, dia faham tak apa yang dia cakapkan? Apa yang dia jeritkan? Mana ada orang gila tu faham, sebab tu la dia dikatakan gila; tidak mempunyai kewarasan aqal sehingga percakapan sendiri tidak memberi erti. Dah kalau kita hari-hari duk baca surah, baca bacaan dalam solat selama kita hidup, let say 21 tahun dah hidup di dunia yang sementara ni, tak kan tak pernah terlintas nak tahu maksud bacaan yang kita kumat kamit baca dalam solat sedari kita umur 6-7 tahun. Ye dak?

Sebab itulah kita disuruh untuk cuba mempelajari bahasa Arab, bahasa syurga, bahasa baginda Rasulullah saw, bahasa Al--Quran. Kerana kusyuk dalam solat memerlukan kehadiran hati, bukan sekadar pergerakan fizikal semata-mata. Dan memahami bacaan dalam solat ialah salah satu cara untuk menghadirkan hati kita. Sedangkan kita mengetahui bahawa amalan pertama yang bakal dihisab nanti ialah solat kita (peringatan kepada diri sendiri)

"Dan perkara pertama yang akan dihisab ke atas seseorang hamba pada hari kiamat ialah SOLAT, jika elok solatnya, maka eloklah SELURUH amalannya, jika rosak solatnya, maka rosaklah SELURUH amalannya"                                                                                                              
[HR Thabrani]

Jadi, marilah kita bersama-sama berusaha memahami bacaan-bacaan solat kita, inshaAllah. Sebenarnya nak share satu hadis pasal surah Al-Fatihah, tapi end up membebel panjang-panjang dulu. Aseef [maaf] ye! >_<

Tersebut dalam Sohih Muslim dari hadith al-'Ala' ibn Abdur Rahman Maula al-Harqah dari bapanya Abu Hurairah dari Rasulullah S.A.W.: Firman Allah Ta'ala:  
"Aku telah membahagikan solat (al-Fatihah) kepada dua bahagian, separuhnya untuk-Ku dan separuh lagi untuk hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku," 
apabila hamba-Ku berkata: (alhamdulillahirabbil'alamin)
Allah menjawab: "Hamba-Ku telah memuji-Ku" 
 
apabila hamba itu berkata: (arrahmanirrahim)
Allah menjawab: Hamba-Ku telah memberi sanjungan kepada-Ku:"
 
apabila hamba itu berkata: (malikiyaumiddin)
Allah menjawab: "Hamba-Ku telah mengagungagungkan-Ku
 
dan apabila hamba itu berkata: (iyakana'buduwaiya kanasta'in)Allah menjawab: "Ini di antara hamba-Ku dengan Aku dan untuk hamba-Kuapa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku," 
apabila hamba itu berkata:(ihdinassira tal mustaqim siratallazi naan 'am ta 'alaihim ghairil maghdu bi'alaihim waladdha lin)
Allah menjawab: "Ini untuk hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku."
 
[Tafsir Al-Fatihah, Fi Zilalil Quran, karangan Syed Qutb] 

Haa! best tak! Rasa tak yang sebenarnya kita sedang berkomunikasi dengan Allah melalui solat kita. InshaAllah kalau kita cuba untuk berbicara dengan Allah, mesti kita tak fikir benda lain dah kan? Satu trick untuk menghadirkan hati di dalam solat, inshaAllah. Maha Penyayangnya Allah kepada kita kan. 

Sama-sama kita cuba membaiki diri sempena Ramadhan yang sempat menjemput kita sebagai tetamunya. Tambahan pula,  si syaitan yang selalu mengacau takde sekarang, lagi mudah nak melatih diri , inshaAllah. Semoga keluarnya kita dari madrasah tarbiyah Ramadhan ini mampu menjadikan kita manusia yang lebih baik hendaknya, inshaAllah. Selamat beramal!

2 comments:

atTahirah said...

wooha! dis is totally somthing new!
hehe
love it. easier for dis eyes~ hehe
pernah tak igt psal ceramah surah al fatihah di surau KMB dahulu?
yg saya duduk selang beberapa org drpd awk?

~AiSyA HuMayRa~ said...

Assalamualaikum nenek a.k.a my princess..

xingat pulak..bukan kita selalu duduk sebelah menyebelah ke?? mungkin sbb tu sya xigt..lalala~

ustaz pondok ke yg bg ceramah tu?

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...