Aku bertanya kepadanya; “Apakah yang akan kamu lakukan kepadanya?”
Dia menjawab,”Aku mendapat tahu di banyak mencaci Rasulullah Saw. Demi Allah yang jiwanya berada di tangan-Nya , apabila aku melihatnya aku akan membunuhnya, atau aku akan mati dibunuhnya.”
Aku berasa kagum terhadapnya. Tidak lama kemudian aku melihat Abu Jahal berada di tengah-tengah kaumnya.
Kemudian aku katakana kepada mereka berdua, “Tidakkah kamu dapat melihatnya? Itulah dia orang yang kamu tanyakan kepadaku.”
Seketika itu juga mereka meluru lalu menyambar Abu Jahal serta memberi pukulan pedang. Sudahnya Abu Jahal tewas. Sesudah itu, keduanya pergi menemui Rasulullah dan baginda memberikan harta benda yang ada pada tubuh Abu Jahal kepada salah seorang daripada mereka kerana seorang lagi gugur dalam perang Badar itu.
(Ruj: Rahiqul Makhtum, Sejarah Kehidupan Nabi Muhammad SAW, Syaikh Shafiyur Rahman Al-Mubarakfury)