Sunday, December 13, 2009

::kepulangan yang dinanti::



alhamdulillah, akhirnya sampai juga ke rumah setelah hampir seharian mengembara. seolah-olah Dia menyusun segalanya dengan cantik kerana segalanya terletak di tempatnya dengan sendiri.


"....sungguh, rencanaKu sangat teguh"
(Al-A'raf; 7 : 163)


terasa pertolongan-Nya sangat banyak sepanjang tempoh perjalanan untuk pulang ke rumah kali ini. Betapa Dia mudahkan juga untuk kami sampai ke rumah. terima kasih ya Allah.

" ..... barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan membuka jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu"
(At-Talaq; 65:2-3)


selepas selesai solat magrib dan isyak (jamak takdim) dan makan malam, bergegas lah kami (menaiki dua kereta) ke terminal kajang kerana tiket bas adik2 pukul 830 mlm.. alhamdulillah sampai2 je dah kul 8.30, elok2 je utk adik2 tu naik dan berangkat pulang.... walaupun terpaksa bersempit menaiki kereta (seramai 5 org ditempatkan dekat tempat duduk belakang, memang bersempitlah!!) hehe.. teringat pulak kenangan pulang dari masjid sunway, perkara sama juga telah berlaku.. namun hikmahnya, sempat juga kami bermesra, setelah agak lama tidak berbual begitu akibat kesibukan exam dan hal2 yang lain.... (maaf al** jika saya terlalu berkasar dengan awk.. cuma telah agak lama saya tidak begitu, sekadar ingin menceriakan suasana)..


sampai di terminal tu, setelah bersalaman dgn adik2, bergegaslah bersama j**a ke kaunter utk mencari tiket pulang ke rumah... "maaf dik, tiket g ipoh xde mlm ni, pg besok ade la" (olahan mengikut kepahaman sendiri)...hati berbicara sendiri...."xpe, naik train pun leh, insyaAllah"

kami ditinggalkan utk menaiki komuter( ke apa benda ntah tu, xpenah amik kisah beza erl dll) di stesen UKM... mungkin ujian Allah atas kelalaian kami....niat ingin ke puduraya.. lantas membeli tiket ke pudu (setelah berhenti di stesen bandar tasek selatan)... mujurlah dapat mencari teksi dalam masa yang pantas utk ke puduraya... terasa Allah itu dekat, pertolonganNya sentiasa ada bersama2 hamba yang mengharap... sampai di puduraya dalam 1010 mlm dan bas terakhir ke ipoh pada 1030 mlm.. ya Allah, Dia jugalah sebaik2 pemberi pertolongan.. namun, hati ini merisaukan dua sahabat yang akan pulang ke melaka... bas terakhir telah pun bergerak pada 1o mlm.
namun, tanpa berputus asa, terus juga mereka berdua (dan juga j**a) mencari tiket...

"dan jgnlah kamu berputus asa terhadap rahmat Allah. sesungguhnya tiada yang berputus asa drpd rhmat Allah kecuali kamu yang kafir"
(Yusuf; 12: 87)

dan sekali lagi syukur kepada Allah atas nikmatNya yang mencurah2 mlm tu.. dapatlah tiket pukul 1045 mlm... kami pun bersalam2 dan berpesan2 sesama kami.. berpisahlah menuju ke terminal masing2...(sempat juga menelefon seorg lagi sahabat sekadar ingin memberitahu keadaan diri dan mengucapkan selamat tinggal)

"syg, i think ktrg kene tipu, tll now tk de bus pun..n i'm exhausted n pissed of thp moksya"

msg msk pukul 2322.. terasa diri ini sahabat yg jht kerana xsdr msg tu msk lg awl... (tertido di bahu n**a) . pukul 0031 barulah membalas msg tu.. kerana lmbt sgt mendapat reply dri a**q, truslah mendail nombornya... alhamdulillah sgt2 setelah diberitahu bahawa mereka telah bergerak ke melaka...

semua selamat sampai ke destinasi masing2 dengan rahmat dariNya... betapa banyaknya pertolongan yang Dia berikan di saat kami memerlukannya..

betapa cantiknya susunan takdir yang telah Dia aturkan dalam pengembaraan kami satu malam hanya untuk kembali ke pangkuan keluarga tercinta..


"Apabila hamba-hambaKU bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya aku dekat...Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepada-KU...Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-KU, agar mereka memperoleh kebenaran.."
(Al baqarah: 186)





5 comments:

...zUlaIkHA... said...

salam sayang...

it was totally challenged me physically,mentally n emotionally...

nway...gave us a lot new experiences..

a night to remember...(^_^)

~AiMaLSyauQiyaH~ said...

salam sayang juga buatmu..
yup...sgt2.. harapnya ia menjadi kenangan yang akan mengajar kita utk hari2 mendatang....

alaq ashiqin said...

salam...seriously....
sangat banyak tarbiyah masa tue....
gue kangan sama kamoo semua.....
tak saba gi perak...read at my own version of this story plak....

atTahirah said...

Aisya Humaira, ade satu watak kodi yg tak penting pon dlm cerita awk nih.. tak pelu spatutnye..

~AiMaLSyauQiyaH~ said...

pada saya die penting... sebab tu saya letak... sya tau die amik berat kat saya dan saya tau die nak bersama2 dgn saya...

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...