Sunday, December 6, 2009

::terusik::

tatkala suasana sekeliling sibuk memikirkan exam sem 3 yang bakal diteruskan esok,
dengan subjek2 yang heavy yang akan dihadapi...
hati ini terusik kembali, mengenangkan si dia yang pergi meninggalkan kami
ketika kami masih lagi memerlukan belaiannya,
ketika kami masih lagi memerlukan nasihatnya,
ketika kami masih lagi memerlukan bimbingannya..
perginya dia meninggalkan amanat
perginya dia meninggalkan satu harapan..
agar kami terus kuat menghadapi hari2 yang mendatang
agar kami terus berpegang teguh kepada SI DIA yang sentiasa ada bersama2 kami..
namun saat ini, SI DIA mengetuk pintu hati,
melayarkan kembali kenangan suasana pertemuan terakhir kami dengan si dia..
sayunya bila mengenangkan betapa besarnya amanat dan harapan itu..
yang kini sedang cuba untuk kami penuhi..
atas dasar cinta dan sayangnya kami kepada si dia..
yang telah mengenalkan kami kepada SI DIA...
kami merencana, DIA juga merencana..
namun rencanaNYA jugalah yang paling teguh...
dan kami cuba menerima dan berusaha...
sehingga bertemunya kami dengan si dia semula..


"dan Dia (ALLAH) yg mempersatukan hati mereka (org beriman). walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dpt mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.
Sungguh, Dia Maha Perkasa Maha Bijaksana"
(Al-Anfal , 8:63)


p/s : khas buat kak aisyah ismail yang kini berada di Cardiff.. akak...kami memang sangat merindui akak... nukilan ini tatkala teringat kenangan di bwh tangga dulu...

1 comment:

'aisyah ismail said...

“HasbiyAllahu, La ilaha illa huwa, Alaihi Tawakkaltu”

Enough is Allah for me. There is no God but He. In Him I trust.

segala puji hanya bagi Allah. moga cinta atas dasar taqwa di jalan yang penuh cabaran dan ujian ini membawa kita semua ke syurgaNya.

insyaallah. moga allah permudahkan segala urusan adik2 dunia dan akhirat. =)

uhibbukifillah! barakallahufik aida.

salam sayang,
cardiff, UK.

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...