Saturday, December 26, 2009

::Abu Jahal tewas di tangan dua pemuda::

Abdul Rahman Bin Auf berkata, “Dalam Perang Badar, aku turut serta dalam barisan kaum Muslimin. Setiap kali melihat ke kanan dan kiri, aku sentiasa melihat ada dua orang anak kecil(remaja). Tiba-tiba salah seorang daripadanya meminta aku menunjukkan Abu Jahal kepada mereka.

Aku bertanya kepadanya; “Apakah yang akan kamu lakukan kepadanya?”

Dia menjawab,”Aku mendapat tahu di banyak mencaci Rasulullah Saw. Demi Allah yang jiwanya berada di tangan-Nya , apabila aku melihatnya aku akan membunuhnya, atau aku akan mati dibunuhnya.”

Aku berasa kagum terhadapnya. Tidak lama kemudian aku melihat Abu Jahal berada di tengah-tengah kaumnya.

Kemudian aku katakana kepada mereka berdua, “Tidakkah kamu dapat melihatnya? Itulah dia orang yang kamu tanyakan kepadaku.”

Seketika itu juga mereka meluru lalu menyambar Abu Jahal serta memberi pukulan pedang. Sudahnya Abu Jahal tewas. Sesudah itu, keduanya pergi menemui Rasulullah dan baginda memberikan harta benda yang ada pada tubuh Abu Jahal kepada salah seorang daripada mereka kerana seorang lagi gugur dalam perang Badar itu.
Dua orang remaja tersebut ialah Muadz bin Amru bin Al-Jamuh dan Mu’awwaz bin Afra’ .

(Ruj: Rahiqul Makhtum, Sejarah Kehidupan Nabi Muhammad SAW, Syaikh Shafiyur Rahman Al-Mubarakfury)
hebatnya pemuda zaman silam. ayuh kita contohi mereka!!

6 comments:

Handsome Traveller said...

Salam, marvellous, superb.. kisah yg memberikan semngt untk teruskan perjuangan...Aisya ader ym x? Invite hisham.. badrulhisham20032003

Handsome Traveller said...

kekadang aku terpikir.. Siapakah Aisya Humaira.. Akhirnya, break the code... Aida Illyana binti Azmi yg berada di Ipoh, perak dekat ngan rumah nenek hisham. Skolah lame ialah SMK dato said kat Manjoi. Klas M08k. Ape lagi? tu jer rasenyer yg hisham ingat

~AiMaLSyauQiyaH~ said...

wasalam... hehe... mana tau?? byk gak ye yg anda igt badrul hisham borhanuddin.. (kalau salah eja nama maaf)

Amin Rukaini Mustafa said...

Ya ayo! Aku sahut seruan ini! Ayo pemuda.
Bangkitlah segera wahai pemuda..

Sham, KMB ramai pkai nama samaran. hehe.. Xmcm sham'stech, semua kenai. Wink~ Cool! ^_^

Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal said...

salam aida...

bagus2...semakin matang dalam blogging...bagus sbb letak rujukan tu...membantu proses belajar org lain.. teruskan...
=)

~AiMaLSyauQiyaH~ said...

~Amin

btol tu amin.. tp mungkin bgs gak sham xletak nama samaran, senang orang nk cri bila ade nk komplen psl printer...hehe...

sama2 lah kita jadi pemuda yang memegang obor Islam...

~kak pa'a

wasalam...
jzklh akak....

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...