Thursday, April 28, 2011

::Refresh::

Kadang-kadang, kita kena refresh diri kita. Macam komputer, kalau terlalu berat benda-benda yang disimpan dalam hard disk, mesti lama-lama lambat jadinya.

source : http://www.aming.info

Manusia juga perlu refresh iman sentiasa. Iman yang akan menggerakkan amal. Kita bukanlah robot. Dan kita memang taknak jadi robot. Tapi kadang-kadang kita terlupa. Apabila pandangan terlalu dikaburi dengan matlamat akhir, kita akan buat apa sahaja untuk mencapai matlamat itu. Tidak kata ianya satu kesalahan. Namun, bukankah pengalaman yang dikutip dalam perjalanan untuk mencapai matlamat itu merupakan satu kejayaan dalam perjuangan? Merupakan hadiah daripada Allah untuk manusia yang tahu menilai dan menghargai? Orang kata, "it's the journey that counts", kerana ia yang akan membentuk siapa diri kita di pengakhiran nanti, saat kita tiba di garisan penamat itu.

Manusia hanya mampu berusaha, tapi Dia juga yang menentukan hasilnya. Kerana hakikatnya, segala sesuatu berada dalam kekuasaanNya. Dan sampai satu ketika, apabila usaha yang dicurahkan, bukanlah digerakkan kerana-Nya, bukanlah didasari oleh kekuatan yang diperolehi daripada Yang Maha Kuat, ianya akan melemah, dan saat itu, mampukah kita untuk terus melangkah?

Refreshment ada di mana-mana, dengan syarat kita tahu mencari dan mengenalinya. Bantuan Allah itu datang dari arah yang kita tidak sangka, pada waktu yang tidak di duga. Namun, perasaan itu hanya dirasai dengan keizinan daripadaNya. Mohonlah agar kita mampu mengenali dan merasainya. Kerana ianya lahir di dalam hati, dan Allah jugalah yang memegang dan mengetahui segala isi hati manusia.

وَأَسِرُّواْ قَوۡلَكُمۡ أَوِ ٱجۡهَرُواْ بِهِۦۤ‌ۖ إِنَّهُ ۥ عَلِيمُۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ

 Dan rahsiakanlah perkataanmu atau lahirkanlah, sesungguhnya Dia adalah al-‘alim (Maha Mengetahui) apa yang ada dalam dada. 


(Al-Mulk;67:13)

2 comments:

Diana. Z said...

Salam Aida,
I nak ur address!~ Nak hantar postcard!~

:P

~AiSyA HuMayRa~ said...

Wassalam..hehe...d!! I'll inbox u kat FB k..tp nak alamat msia ke uk??

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...