Thursday, August 4, 2011

::Ramadhan, tidakku sangka kau telah tiba::

source: muharikah.com
Saya akui, tahun ini, semua perkara macam sangat bercelaru. Allah beri saya sangat banyak perkara, sangat banyak benda yang saya tak pernah fikir saya akan dapat rasai, saya akan buat tapi saya buat juga. Memikirkan kembali semua benda-benda tu, saya pun tak tahu adakah saya buat kerana saya nak buat atas dasar 'kerana Allah', setelah 'terjebak'/'tertangkap' di jalan ini, atau saya buat kerana itu yang diharap daripada saya, seorang yang dikatakan telah 'membesar' berada di jalan ini. (banyaknya 'inverted comma' kan, banyak la jargon yang digunakan, jadi agaknya hanya orang yang faham je akan faham apa yang saya nak tulis ni) . 

Jauh di sudut hati, rasanya motivasi tu campur-campur, sebab iman ni kan turun naik. Ada kalanya rasa buat sebab memang kena buat, walaupun tak rasa apa-apa; itulah perasaan bila menjadi 'robot dakwah'. Buat, teknikalnya ada, tapi rohnya takde. Terlihatlah pada hasilnya, tidak mencapai hadaf, binaan tidak menjadi dan lain-lain masalah yang timbul. Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah. Semoga Allah bersihkan hati-hati kita dari perasaan-perasaan yang tak best tu dan semoga dosa kita bukanlah penyebab terhijabnya hidayah Allah pada manusia di sekeliling kita.

Dan atas sebab banyaknya perkara yang bercelaru tu, terasa preparation untuk menyambut Ramadhan tahun  ini dibuat dengan ala kadarnya. Terasa banyaknya lagi perkara-perkara yang tidak selesai sehingga terlalu fokus kepada semua itu. Saya tak nafi, rasa nak mengelak daripada semua orang. Sangat! Rasa nak hilang ditelan bumi, biar orang tak boleh jumpa. Lama jugak saya 'hilang'. Orang dalam jalan ini akan sebut futur. Apa pun istilahnya, rasanya semua orang yang pernah dengar perkataan tu akan faham maksudnya. 

Okey! cukup bebelan pasal diri sendiri. Ke tak? Setelah masuk hari ke-4 ramadhan, Alhamdulillah. Allah beri perasaan yang sangat best setelah berjumpa di alam maya bersama beberapa orang yang 'hebat'2 semalam. Ayat itu cukup mengetuk hati saya, "teruskan berusaha mengajak manusia walau apa pun yang berlaku di pertengahan jalan". Mungkin pada orang lain ayat ni bunyi macam biasa je, tapi ayat ini cukup membuatkan hati ini terusik. Lama kiranya hati ini memberontak. Hanya kerana terasa inginkan masa untuk diri sendiri. Walaupun banyaknya peringatan, ye! tahu je rehat seorang dai'e itu satu keaiban padanya dan satu kerugian pada dunia, Tapi terasa nak jugak. Nak jugak kata, "Aku juga manusia, yang punya keperluan sendiri!!"

Namun, ayat Allah memang punyai kuasa yang sangat hebat. Bacalah dan carilah kekuatan daripadanya. Sungguh, pada qiam itu punya kekuatan, dan pada bacaan Al-Quran itu punya penenang jiwa. Walaupun sangat la struggle nak keep up dengan mutabaah amal yang disediakan; memang tak capai pun! Namun, bersyukur sangat Allah bagi kesedaran tu jugak, walaupun termengah-mengah nak keep up satu juzuk sehari, tapi memang lain perasaan bila dapat jaga mutabaah amal yang satu ni.

Wahai orang yang berselimut! Bangunlah di malam hari, kecuali sedikit. Satu perduanya atau kurangilah daripadanya sedikit. Atau lebih daripadanya. Dan bacalah al-Qur’an itu dengan perlahan-lahan.  Sesungguhnya Kami (Allah) akan menurunkan kepada engkau perkataan yang berat. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih mantap dan bacaan lebih berkesan. \Sesungguhnya bagi engkau pada siang hari, urusan yang panjang. 
 [A;-Muzammil;73:1-7]

Nak kata, runsing-runsing kita dengan segala masalah tu pun, yakin ke bahawa kita pasti sempat hidup untuk menghadapinya pada esok hari? Terfikir nak fokus pada masalah sekarang, dalam hati kata "tak pelah, benda ni pun penting juga", ya! penting, tapi hari ni, setelah 4 hari ramadhan menerjah, baru nak terfikir, "memang kompem ke aku sempat nak jumpa Ramadhan lagi next year?". Setelah 4 hari!!! ya Allah, dah bazirkan 3 hari yang pertama macam tu je kan. RUGINYA!!!!

Kalaulah ini Ramadhan terakhirku, apalah yang layak aku persembahkan kepadaMu wahai Tuhanku? Sedangkan Ramadhan kali ini datang tatkala iman sedang sakit tenat~
[status FB di pagi hari ini]


"Barangsiapa mencintai dunia, urusan akhiratnya akan tercicir dan barangsiapamencintai akhirat, dunia akan mengikutnya. Dan pilihlah yang kekal dari yang cepat binasa"
(HR Bukhari & Muslim)



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah


atas kesedaran ini ya Allah, dan atas peringatan ini wahai Tuhanku!




P/s: Tolong doakan agar hati saya bukan berniat untuk riak atau menunjuk-nunjuk. Dan tolong juga doakan agar kesedaran ini bukanlah hanya sekadar angin lalu yang singgah di benak hati saya hanya selama seminit dua, agar kekuatan mampu saya cari untuk meneruskan langkah-langkah yang masih panjang ini.

2 comments:

atTahirah said...

hooyeah! akhirnya anda menukar tulisan y lebih mudah mata ni bace~ hihi
nice dearrryyy!

~AiMaLSyauQiyaH~ said...

ceh...saabaaar je la kakakku sayang ni...

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...