Wednesday, November 23, 2011

::Obsesi::

Bismillahirrahmanirrahim

Terasa sangat jauh dengan Sang Pencipta. Terasa sangat kosong. Dengan harapan sedikit usaha mampu mengubat kembali hati yang sedang kritikal, bacalah surah Al-Insan berserta tafsir Fi Zilalil Quran karangan Syed Qutb.

Hanya membaca terjemahan ayat-ayat chenta surah ini membuatkan hati berbunga gembira. Indahnya gambaran Allah tentang SYURGA! 


"Dan kepada mereka diedarkan minuman-minuman di dalam bejana-bejana perak dan gelas-gelas jernih seperti kaca. Iaitu kaca-kaca dari perak yang telah diukur dengan ukuran yang sebaik-baiknya"
 (Al-Insan;76:15-16)


Indah bukan? Kepada hamba-hamba kesayangan-Nya, minuman diberi dalam bejana-bejana perak yang diukur mengikut ukuran yang sebaik-baiknya. Maknanya gelas/bejana itu tidak akan terlalu besar, atau terlalu kecil utk hamba-hamba itu. Just nice! SubhanAllah. Dan setiap hamba-hamba itu akan punya ukuran yang sesuai dengannya. Kalau kita kat dunia ni suka semuanya custom made, kasut, baju etc, kat syurga nanti, Allah kata, bekas untuk kita minum pun custom made. Seronok bukan?


Allah sambung lagi penceritaan tentang syurga. Kalau nak tahu banyak-banyak ayat lagi, bacalah terjemahan surah Al-Insan. Tapi saya ambil lagi satu yang saya sendiri terkesan:


‎"Dan andainya engkau melihat di sana (syurga), nescaya engkau melihat nikmat dan kerajaan yang amat luas" 
(Al-Insan;76:20)

Nikmat dan kerajaan yang luas. Manusia mana yang tidak rasa terpanggil ingin memasuki syurga? Tentu sekali kita ingin nikmat dan kerajaan yang luas bukan? Terbayang dalam kepala saya semasa membaca ayat ini, padang rumput hijau yang luas. (saya suka kawasan lapang dan menenangkan ^_^)

[credit]
dan terasa besarnya nikmat apabila kita dapat kalau kita terpilih menjadi hamba yang mengecapi syurga itu. Dan terfikir, tak cukup lagikah description tentang syurga membuatkan diri ini bangun dan menyeru manusia ke arah Allah, tak cukup lagikah ganjaran yang Allah tawarkan untuk membuatkan saya kerja sepenuh masa dan overtime untuk melayakkan diri menjadi hamba-hamba yang terpilih itu?

Jadilah orang yang menyahut cabaran al-Fudhail bin ‘Iyadh ketika beliau berkata: “Syurga tidak pernah dihias sebagaimana ia dihias bagi ummat ini. Namun peliknya anda tidak melihat seorangpun yang merinduinya.” Iaitu anda tidak melihat seorangpun yang sanggup keluar demi memperolehnya dalam waktu kesejukan.Sahutlah cabaran itu, katalah: “Akulah orang yang merinduinya.” [credit]


p/s : Terasa tidak ada OBSESI SYURGA sebaliknya terobsesi dengan dunia. Dan mendapat ujian kecil dalam mengajak manusia, sendi-sendi terasa lemah untuk melangkah, sedangkan keputusan itu HAKNYA dan saya hanya mampu berusaha. Doakan saya ye!

2 comments:

Anonymous said...

moga sentiasa kuat ukht!!!
i miss u!!!

***q

~AiMaLSyauQiyaH~ said...

miss u too.. 'nikmat yang mengasyikkan'!

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...