Monday, November 7, 2011

::Sabar dan terus bersabar::

Bismillahirrahmanirrahim

"Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia"
(Al-Fussilat; 41:34)

Kita kira ayat ini hanya untuk mereka yang berlainan pendapat dengan kita. Dan kita kira ayat ini hanyalah untuk mereka yang berada di 'kenderaan' yang lain dengan kita  , namun, sebagai manusia yang dianugerahi Allah kelebihan berfikir, kita terlupa yang setiap orang mempunyai pendapat masing-masing. Dan kadang-kadang, walaupun kita sepasukan, kita juga punya pendapat yang berbeza. Dan sungguh, untuk menolak sesuatu kejahatan dengan kebaikan bukanlah mudah, kerana itu, Allah berkata dalam ayat seterusnya :


"Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar"
(Al-Fussilat; 41:35)

Ada masa kita rasa kita yang betul, ada masa kita rasa kita sahaja yang asyik mengalah. Namun, mengalah bukan bererti orang itu lemah. Kata seorang murabbiah yang super duper hebat kepada kami, ubatnya hanyalah dengan bersabar. Itulah kuncinya. Dan bersabar bukan bererti pasrah. Kita tidak pasrah dan mengalah kepada keadaan, kerana itu usaha untuk membaiki keadaan tetap perlu dilakukan.

Ya, saya seorang yang sangat ego. Ego saya sungguh amat tinggi sehingga saya sangat sukar untuk meminta bantuan dan mengakui kelemahan diri. Setahun saya di bumi Inggeris ini, namun saya tetap enggan mengaku bahawa saya memerlukan bimbingan untuk memahami keadaan di sini. Dan pulangnya murabbiah hebat itu daripada bumi ini  dengan membekalkan saya dengan satu pesanan - bersabar dan terus bersabar. Walaupun saya tidak selalu bercerita kepadanya, namun setiap bait-bait katanya seperti memahami gelora di jiwa saya.

“Orang-orang mukmin itu ibarat satu jasad, apabila satu anggota badan sakit, maka seluruh jasad turut merasakan sakit dengan demam dan tidak dapat tidur.” 
(HR. Muslim)
Saya tidak tahu sejauh mana saya mampu untuk bersabar, saya juga tidak tahu semampu mana saya untuk terus melangkah di jalan ini. Tolong doakan saya agar saya tetap meneruskan langkah walaupun kaki ini terasa berat dan tolong doakan juga agar tidak berhenti di pertengahan jalan kerana tetapnya saya di jalan ini masih memerlukan doa semua.
[credit]



No comments:

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...