Tuesday, November 15, 2011

::Syukur::

Bismillahirrahmanirrahim

[credit]


Pernah tak kita runsing kerana sesuatu, penat kita mencari jawapan kepada masalah kita? Lalu Allah datangkan permasalahan manusia lain kepada kita, seolah-olah tidak cukup lagi kita terbeban dengan masalah sendiri.  Namun kita berikan juga pendapat kita tentang solusinya. Dan nah!  Di situ sebenarnya jawapan yang kita cari selama ini.

Allah tidak pernah merencanakan sesuatu itu dengan sia-sia, kerana setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Cuma kitalah yang perlu bijak mencari dan memaknai setiap peristiwa dalam kehidupan kita.

A glass can be half full or half empty. It's just a matter of how we see things. And if we see it from His view point, everything happens for the sake of us, for our benefits, we just have to look hard enough.


Paling-paling pun ,tak kira apa pun yang terjadi, kita masih ada Dia untuk kita meminta, walaupun seluruh manusia menentang kita, ye kan?


[credit]

P/s : Terima kasih kepada seorang sahabat, yang mengingatkan saya kembali, bahawa setiap sesuatu adalah kerana-Nya, dan kerana-Nya sahaja, tidak ada yang lain! Dan jangan pernah mengharap penghargaan manusia, kerana hanya Dia yang bersifat Maha Menghargai/Berterima Kasih [As-Syakur]~


2 comments:

NuR hANiS HaShiM said...

assalamualaikum dear~
sgt meresap dlm hati :)
terima kasih...

~AiMaLSyauQiyaH~ said...

wa'alaikumussalam wbt..

sama2! semoga kita sama2 kuat inshaAllah!

terima kasih juga!~

Other posts:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...